Sunday, May 29, 2011

Umrah '11

I

30/5 - 8/6

ok , esok dah nak bertolak
checklist lah

tukar duit riyadh saudi , checked
baju sedikit sebanyak , checked
everyday's thingies , checked

II

sedikit tentatif kami ,

Isnin (30/5) - 1.15 pm - Bertolak dari Irbid ke Makkah
Selasa (31/5) - 6.00 pm - Tiba di Makkah dan terus check-in hotel
Rabu (1/6) - Masih di Makkah
Khamis (2/6) - Masih di Makkah
Jumaat (3/6) - Selepas Solat Jumaat - Bertolak ke Jeddah -> Bertolak ke Madinah - Tiba di Madinah dan terus check-in hotel
Sabtu (4/6) - Masih di Madinah
Ahad (5/6) - Masih di Madinah
Isnin (6/6) - Selepas Solat Zohor/Asar - Bertolak dari Madinah ke Jordan
Selasa (7/6) - Selepas Zohor/Asar - Tiba di Irbid

III

dan tambah sedikit persediaan ruhi ,

" umrah ke umrah yang berikutnya merupakan penebus dosa di antara keduanya , sedangkan haji mabrur tidaklah dibalas kecuali dengan syurga "

[ Bukhari & Muslim ]

IV

sedikit ,

doakan kami kembali dengan umrah yg mabrur
boleh juga kalau nak gelar kami ,

umrah fulan bin fulan

atau

haji kecil fulan bin fulan

V

credit's

jemaah umrah dari Hulu Selangor
mudah mudahan ketemu anda semua

expecially mr.Aufa n family
pakcik ir. Ariffin ,
pakcik Amran , makcik Salmy & family ,
pakcik Roslan & makcik Jamaliah [ jangan ingat saya tak tahu ] ,
dan lain lain

sahabat sahabat umrah yg lain ,

sahabat dari Amman , Amin n geng .
Mu'tah , Bro. Muaz juga geng .
Mafraq , akhi Ismail n geng .

k , sekian .

p/s : saya tertarik dengan kisah dari seorang sahabat via gurunya . tak tahulah kisah ini benar atau tidak , tapi cam menarik . ambil yang baik baik ye .

kisah seorang akhawat yg benar benar nak umrah kemudian meminta seorang syabab supaya berlakon sebagai wali-nya [ baca : suami ] . tiba sahaja di sempadan , pihak kastam meminta sang 'suami' mencium sang 'isteri' untuk membuktikan kewaliannya .

wow'z .

kemudian akhirnya , dengan terpaksa dan malu
mereka berdua ditakdirkan menjadi suami isteri yang benar benar suami isteri .
kebetulan juga , masing masing sudah punya 'teman' dalam hati .

sedikit serius tapi inilah realitinya

buat akhawat tak payah susah susahkan diri nak ke umrah ye , haji ke ape ke
kalau sudah tiada 'qadar' , uzur
tak perlu , duduk diam diam

saya suka komen seorang sahabat saya tentang isu ini

" korang tak payah la sibuk sibuk nak gi umrah , sunnat je pun . haha "

*gelak akhir itu untuk menambah afeksi humor dlm statement*

ops , terpanjang pula .

ok , take the ibrah seriously .

salam'aleykum

Monday, May 23, 2011

perasmian ibu pejabat Ikhwan Muslimin

bismillah ..

pada malam sabtu 21 mei yg lepas , Ikhwan Muslimin Mesir telah merasmikan ibu pejabat mereka yg terletak di Muqottam ( yg saya tidak tahu pun di mana ) . majlis gala gemilang turut dihadiri oleh Mursyid am mereka Prof Dr. Muhammad Badi . majlis juga dihadiri oleh ratusan pimpinan dan ahli ikhwan Mesir . turut hadir adalah Dr Hammam Saeed, Ketua Ikhwanul Muslimin di Jordan, Hamzah Mansur, Setiausaha Agung Parti Amal Islam, Jordan dan Mustafa Osman Ismail, Penasihat Presiden Sudan, serta delegasi daripada Turki, Australia, Sudan dan Somalia .

tidak lupa , wakil dari Malaysia yang menerima undangan khas menghadiri hari bersejarah ini . antara yang hadir , Ust Haris Bain, Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM, Datin Paduka Hajjah Che Asmah Ibrahim, Timbalan Ketua Wanita IKRAM Pusat yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM. Turut hadir adalah Dr Hafizal Yunus yang mewakili IKRAM UK-Eire dan Ustaz Zahid Naser yang mewakili Pemuda IKRAM.

berikut gambar2 yang diterima dari rakan fb ,




melihat pada situasi mesir , kita nampak satu arus peralihan baru baik dari segi politik , dan juga masyarakat sosial . ya , ia masih lagi suatu proses dan ia masih berjalan . kita sedang membuktikan betapa relaven dan positif tindakan 'menghalau' secara 'keras' pemimpin kuku-besi-tua mereka , merangkap perangka hala tuju sekularasi mesir Hosni Mubarak ( mudah mudahan kemaafan dia sebenar benar taubat , tapi penderitaan puluhan tahun sedikit mengesankan tindakan itu ) . apapun , kita melihat ini dari suatu sudut yang baik .

lihat dahulu bagaimana ikhwan benar benar dikawal ketat dan ditentang hebat oleh pemimpin dan raja raja mesir . bagaimana raja farouq (ketika itu) meminta jentera perang ikhwan yang sedang menentang israel yang ketika itu sedang menjajah tanah palestin , untuk kembali ke mesir . tidak lain , pasti ia arahan dari pihak Israel sendiri melalui rakan baik mereka , Amerika . akhirnya Ikhwan akur kembali ke Mesir . kemudian diperdaya , ditangkap dan dipenjara puluhan tahun . sebahagian mereka lari ke negera negara luar . lihat bagaimana teguh binaan yang lahir dari madrasah tarbiyah ini sehingga penjara itu juga menjadi markaz rekrutasi mereka . Ikhwan ditentang sehingga kini , baik oleh media massa mahupun pemimpin mana mana kerajaan . baik dari anak seorang ikhwan sehinggalah pemimpin gerakan mereka .

di Mesir , sama juga dengan beberapa negara Arab berdekatan antara yang paling 'jumud' apabila berhadapan dengan rakyat . hari ini , kesemua itu hampir sahaja berubah . ikhwan semakin segar dengan suasana yang bugar bugar .

"excited bersama mereka sebab dulu, mana lah boleh open2 mcm ni sebelum (jatuhnya mubarak) ni.. "
apapun , semoga gerak ikhwan semakin menggegar dengan adanya markaz induk ini . semoga gerak Islam semakin melebar dengan adanya pendokong haraki sebegini . siapa lagi yang ingin pertahankan Islam kalau tidak kita , tiada lagi yang mahu menyebarkan Islam melainkan kita !

allahu akram , sekian laporan tidak berformat .

Tuesday, May 3, 2011

dah nak exam .

amaran : post ini diharap dapat menjadi peringatan buat penulis khususnya untuk selama hidupnya .

hampir 6 bulan saya bermuqim di bumi sham ini . lip lap lip lap sudah hampir tamat semester kedua dan hendak melangkah panjang ke tahun yang kedua pula . ya , masih pengajaran pengajaran yang sama pada waktu yang sama . mengapa saya tidak menghargai masa ? adush !

to do list :

madkhal ila tasyri' 15/5
feqh ibadat 15/5
madkhal ila 'aqidah 17/5
qawa'id lughawiyah 22/5
feqh mu'amalat 22/5

tidak tahu bagaimana , mereka beri saya tindihan tindihan pada tarikh periksa . ya , tahulah itu baru mujahadah .. tau tau . tahu kan apa pengajarannya ?

" buatlah persediaan lebih awal "

pengajaran yang hanya akan diingati setiap kali selesai periksa dan kurang 'perform' . terima kasih pada ulama' ulama' muda yang beri tunjuk ajar . saya sayang kalian . mungkin tidak cukup jika pertolongan kalian sekadar dibalas dengan 2 wajbah di Dale3 . moga murah rezeki wahai murabbi murabbi sekalian .

sekian .

p/s : anugerah sahabat paling kerap bersama saya jatuh kepada akhi hanafi .

Thursday, April 28, 2011

MTQ & Festival Nasyid 2011 (negeri Selangor)

Majlis Tilwayah Al Quran (MTQ) peringkat negeri Selangor kembali mewarnai masa masa lesu pelajar pelajar sekolah KPM . setelah setahun menyepi , kini kembali dengan jalur yang semakin baru . muka muka baru . menyebut Festival Nasyid pasti ramai men'sepakej'kan dengan Festival Nasyid sedangkan ia bukanlah satu penganjuran yang sama . cuma di peringkat zon , daerah dan negeri sahaja ia disekalikan . dengan tema " Al Quran teras Kesejahteraan Umat Gemilang ", festival nasyid pula dengan tema " Akidah Kukuh Sahsiah Terpuji " .

menjadi titik fokus saya , adalah dua acara . tilawah Al Quran dan Nasyid .

SK Jalan Tiga & SMK Jalan Tiga , Bangi menjadi tuan rumah bagi MTQ & FN Negeri pada tahun ini . dua tahun lalu , SBPI Gombak menjadi tuan rumah . pertandingan ini bak kata orang , seperti makanan ruji bagi pelajar pelajar KPM . jadi ketidakanjurannya pada tahun lalu menyebabkan keganjalan di situ .

sebelum melalut ke tajuk tajuk yang tiada kaitan , kita kembali kepada asal cerita .




seperti juga KAMIL . MTQ & FN juga antara penganjuran terbesar dan paling berpengaruh dalam kalangan pelajar KPM . cuma mungkin berbeza pada penganjurannya memandangkan ia diadakan sehingga ke peringkat kebangsaan dan disertai oleh semua sekolah termasuklah SMK , , SMKA , SBP , SAM dan lain lain . sudut positifnya memang banyak , cukuplah kita berbincang soal ukhuwah , himmah dan lain lain . best .

berikut adalah keputusan penuh pertandingan :

Tilawah al-Qur’an SM
1. Gombak. 2. Petaling Perdana. 3. Klang.

Hafazan al-Qur’an SM
1. Hulu Langat. 2. Sepang. 3. Gombak.

Syarahan Agama SM
1. Klang. 2. Kuala Selangor. 3. Petaling Perdana.

Nasyid SM
1. Hulu Langat. 2. Kuala Selangor. 3. Klang.

keputusan di atas dari kategori lelaki sahaja memandangkan maklumat yang sukar diterima secara mutawatir . acara yang dipertandingkan masih kekal sama , asalnya memang semakin sedikit kerana sekitar tahun 2005 pernah dipecahkan pertandingan syarahan agama kepada tiga bahasa iaitu Inggeris , Arab dan Melayu . secara keseluruhan , alhamdulillah pertandingan ini masih dan kekal menerima sambutan yang menggalakkan dari pelbagai pihak .

ulas sikit .


untuk pertandingan tilawah , hulu langat gagal mengekalkan 'rentak juara' mereka . hulu langat sejak awal penganjuran lagi mendominasi acara ini dari tahun 2005 sehingga 2009 . sejak era Asyraf sehinggalah Miftahuddin yang kini sedang menuntut di Darul Quran JAKIM . kesemuanya adalah produk SMAP Kajang daerah Hulu Langat . mungkin dek kekurangan pelapis , apapun tahniah buat pemenang .

yang istimewanya , pada kategori sekolah rendah turut disertai oleh adik zaid dari rancangan Adik Adikku TV1 dan juga turut dihadiri oleh murabbinya Ust Badrul Sani .

acara nasyid mungkin 'hot spot' dalam pertandingan ini .

johan , All For Ummah masih mengisi tangga teratas sama seperti tahun tahun yang lalu . sejak dari tahun 2005 sehinggalah kini . Miftahuddin antara legend AFU juga mewakili acara tilawah Al Quran sepanjang tahun 2007-2009. tahun ini lihat ada banyak perubahan yang berlaku pada AFU walaupun masih mengekalkan 'clean' pada penampilan dan persembahan mereka . tidak pasti Hafiz Hamidun masih menyumbangkan lagu dan latihan untuk mereka . percussion mereka 'umph' , saya tidak layak untuk komen . cuma dari segi suara dan harmonising macam out sikit .
overall , memang mereka stabil dalam kebanyakan aspek . gerat AFU !!

naib johan , dari daerah Kuala Selangor . saya tidak pasti dari sekolah mana . dengar khabar dari SAM Jeram . saya sangkakan SAMTK ataupun SMKA KS kerana dua sekolah ini antara yang menyerlah sepanjang tahun tahun yang lalu . tiada komen untuk kumpulan ini kerana saya tidak berapa mengenali mereka dan tidak pula ditemui rakaman persembahan mereka .

tempat ketiga dimenangi oleh Soutul Mujahideen wakil dari KISAS . bagi saya , kumpulan ini lebih layak untuk diletak di tangga yang lebih tinggi . pakej yang lengkap , baik dari solo , harmoni , persembahan , lagu dan sebagainya . mungkin sedikit 'pecah pecah' dan kecacatan persembahan memberi kesan kepada penghakiman memandangkan hakim Festival Nasyid kerap kali 'syadid' dalam hal hal sebegitu .

Johan keseluruhan bagi kategori Sekolah Rendah ialah daerah Hulu Langat. Johan keseluruhan bagi kategori Sekolah Menengah ialah daerah Klang. Johan keseluruhan Majlis Tadarus al-Qur’an dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2011 ialah daerah Hulu Langat . tahniah buat semua . saya berasa lega dengan penganjuran semula MTQ & FN ini .

akhir sekali , saya sajikan persembahan dari johan Festival Nasyid negeri Selangor 2011 . semoa berjaya di peringkat kebangsaan nanti !




p/s : sudah sudah la AFU . hehe

KAMIL 2011 .

Karnival Amal Islami (KAMIL) tidak pernah terlepas dari pemerhatian meskipun saya tidaklah dapat menepati syarat syarat kelayakan untuk menyertai pertandingan itu . kerana saya tidaklah pernah bersekolah di sekolah sekolah JAIS . untuk pengenalan ringkas , KAMIL adalah acara tahunan kelolaan JAIS . dipecahkan secara rasmi kepada dua peringkat , zon dan negeri . zon pula terbahagi kepada 1 hingga 4 . beberapa acara dipertandingkan termasuklah nasyid , marhaban , musamarah , syarahan dan sebagainya . bilangan acara juga sering kali berubah mengikut selera penganjur [mungkin] .



secara tidak langsung , saya adalah pemerhati di 'kerusi panas' memandangkan kebanyakan yang menyertai pertandingan ini baik dari tenaga kejurulatihan , peserta mahupun hakim merupakan kenalan 'tiba tiba' saya . juga adalah faktor faktor lain yang mendorong saya terlibat sama dalam penganjuran karnival ini . secara rasmi , saya pernah menjadi 'ahli-aktif' untuk KAMIL sekali sahaja . itupun bersama KAMIL sekolah rendah . selebihnya hanyalah sebagai 'ahli-seakan akan-aktif'' .




tahun 2011 ini , KAMIL kembali lagi . kali ini , SAMBEST menjadi tuan rumah di peringkat negeri . sekolah yang baru sahaja mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) . tahniah . saya berselera untuk menfokuskan pada acara acara feveret iaitu nasyid dan marhaban . keputusan keputusan rasmi tidak ada di tangan saya , saya hanya tahu beberapa khabar khabar tidak rasmi dari warga Malaysia yang masih diragui kesahihannya .

nasyid :

johan - sam paya jaras , zon4
naib johan - MITSTEK !! , zon2
ketiga - SAMTEN , zon3

marhaban :

johan - SAMTSH !! , zon2
naib johan - samttar
ketiga - sam paya jaras .

saya tidak layak mengulas panjang , kerana tidak dapat melihat persembahan kesemua peserta . masih menunggu pihak pihak bertanggungjawab untuk muat naik video ke youtube .

ulas sikit .

berbeza dengan tahun lalu . pada peringkat akhir , acara nasyid tidak lagi didominasi kumpulan kumpulan nasyid kendalian By Heart Clan (BHC) . kali ini sekadar mendapat tempat ketiga bagi kategori lelaki . saya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kumpulan dari SAM Paya Jaras yang menjuarai acara ini . tetapi saya berminat untuk berkongsi cerita tentang kumpulan yang mendapat tempat kedua , dari Ma'ahad Tathfiz Sains dan Teknologi (MITSTEK) .



sekadar iklan , saya mengenali mereka semasa berkursus bahasa Arab di Pusat Sumber Pendidikan JAIS , Klang . kebetulan juga , beberapa ahli kumpulan ini adalah kenalan di Kuala Selangor . rata rata mereka ini di tingkatan 3 . sempat juga dua tiga kali bersama dalam sesi latihan mereka ketika di PSPJ dahulu . maklumat tambahan , solo utama kumpulan ini , Akif juga merupakan solo terbaik Festival Nasyid Kebangsaan 2008 yang dianjurkan di Taman Tamadun Islam , Terengganu . ketika itu dia mewakili Negeri Selangor kategori sekolah rendah . abang kepada saudara Akif juga merupakan penasyid 'tegar' di Kuala Selangor yang menuntut di SAM Tanjung Karang (SAMTAK) mewakili kumpulan Annaufal , Zakwan dan Fikri . menurut sumber yang dipercayai , ayah dan ibu mereka adalah Qari . maka benarlah kata orang lama , bapak borek anak rintik . suara juga diwarisi .

di peringkat zon 2 nampak macam menarik sikit , sebab pertembungan 3 seteru . SAMTK , SAMTSH yang ke peringkat negeri tahun lalu dan MITSTEK . dijuarai oleh MITSTEK , naib juara SAMTK (pasti mereka tensen kerana kalah dengan adik sendiri) dan ketiga , SAMTH . adapun sudah pasti ada suara suara kritikan dari pihak pihak yang tewas . orang kata itu adat . walaubagaimanapun , saya kongsikan sedutan lagu pertama soul ghamidee mewakili SAMTSH sebab macam nostalgia sikit , layan .





apapun , tahniah kepada MITSTEK kerana berjaya menaib johani acara tersebut . saya tidak pasti lagu apa yang mereka pertandingkan .tapi , saya pasti mereka menggunakan intro ' jiwa ' [ hehe ]



untuk acara marhaban tidak lain tidak bukan , SAMT Sultan Hisamuddin sekali lagi menjadi juara 'mutlak' . tahun 2009 yang lalu , mereka memenangi pertandingan marhaban peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia . tahniah buat mereka . satu usaha yang baik , dari peserta yang baik baik . cuma saya tidak pasti apa aset yang mereka guna pada kali ini , berbanding tahun tahun yang lalu mereka ada otai otai seperti nasrul , sufyan dan umair . dengar cerita , kebanyakannya adalah angin angin baru .

tahniah atas penganjuran ini . bukan seperti MTQ dan Festival Nasyid , mati segan hidup tak mahu . ura ura nya dah dianjurkan semula tahun ini . khabar gembira hendaknya .

sekian laporan .

p/s : dengar cerita hujan lebat di SAMBEST masa pertandingan . rahmat .